Latihan ICT (Mari Belajar Melukis Menggunakan Microsoft Paint)

24 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba telah mengadakan latihan mengenal ICT dengan mengadakan kelas latihan bertajuk 'Mari Belajar Melukis Menggunakan Microsoft Paint'. Latihan ICT ini diadakan pada 23 Mei 2015 iaitu pada hari Sabtu di bilik latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Semuba. Kelas latihan ICT ini disertai oleh 12 orang pelajar dari sekolah berdekatan di Pusat Internet 1 Malaysia ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat serta memberi pendedahan yang baru di mana mereka dapat mengendalikan tetikus untuk melukis dan mewarnakan lukisan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas